Perlu biayai kos ubat mencecah RM2500 sebulan, Azlee Senario akui perlu kerja keras

SELEPAS mengalami serangan jantung pada Jun lalu, pelawak Azlee Senario berkata dia kini perlu bergantung ubat-ubatan bagi memastikan kesihatannya terus berada dalam keadaan baik. Perlu membiayai kos ubatan mencecah RM2,500 sebulan, Azlee atau Muhammad Azlee Jaafar, 57, memberitahu dia perlu bekerja keras bagi membiayai kos perubatan itu. “Sekarang saya masih lagi dalam pemulihan dan 20 Ogos ini ada temu janji dengan pihak doktor untuk jantung saya jadi kena makan ubat setiap hari dan setiap bulan pasti kena beli ubat.

Tiap-tiap bulan nak beli ubat tu menelan belanja dekat RM 2,500 dan kena makan ubat tu selama setahun maka kena berusaha sikit untuk cari duit biaya tu. Doakan saya ya semoga Allah permudahkan urusan dan berikan kesihatan baik untuk terus hiburkan anda semua,” katanya. Dalam perkembangan lain, Azlee bersama kumpulan Senariounion bakal membuat persembahan Konsert Showcase Senario semperna bulan kemerdekaan ini bertempat di Panggung Bangsawan Melaka pada 30 Ogos depan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version