Pelakon Bella Astillah berkongsi tentang keadaannya selepas berpisah dengan penyanyi dan aktor, Aliff Aziz. Menerusi perkongsian di TikTok Kitsui, Bella memberitahu dia semakin tenang dan gembira menjalani kehidupan bersama anak-anaknya. “Saya nak kongsi tentang keadaan saya dengan semua. Buat masa sekarang ni ramai yang nampak saya gembira bersama anak-anak. Lepas itu terasa lebih tenang, Alhamdulillah.
Sebenarnya saya nak buat video ini sebab nak ucapkan terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada rata-raya yang beri sokongan, peminat dan terutama keluarga saya yang sentiasa ada bagi semangat dan tak lupa juga kepada Kitsui.” Menurut Bella, dia belajar bahawa setiap pertemuan dan perpisahan pasti ada hikmah di sebaliknya.
“Sedikit perkongsian daripada saya, sebenarnya apa pun yang jadi dalam hidup kita terutama orang-orang yang pernah hadir, yang ada dalam hidup kita semuanya bersebab. Kadang-kadang mereka hadir memberi semangat, ada yang memberikan pengajaran ataupun memberikan peringatan kepada hidup kita. Jadi macam-macam lagi kita hanya perlu redha dengan takdir dan belajar daripada kesilapan hidup. Apa-apa yang terjadi tu pasti ada hikmahnya. Itu yang paling terbaik.”
Dalam pada itu, ibu tunggal kepada dua orang anak ini sudah berlapang dada dengan masa lalunya dan bersyukur masih memiliki orang-orang yang tersayang di sekelilingnya. “Macam yang saya lalui sekaranglah, saya terima semuanya dengan berlapang dada dan jalani hidup ni seperti biasa kerana apa yang paling penting saya masih ada kedua orang tua saya dan anak-anak dalam hidup saya. Alhamdulillah.” Untuk rekod, Bella dan Aliff Aziz pernah berkahwin pada 9 September 2016 namun sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.