Ramai yang cakap dia buat pembdhan muka, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari Enot

Pelakon dan pelawak Enot sangkal dakwaan melakukan operasi muka sebaliknya penurunan berat badan menjadi sebab bentuk wajahnya berubah. Menurut laporan Kosmo! Online, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah menegaskan tidak pernah menjalani apa-apa operasi untuk kecantikan.

“Muka saya kelihatan berubah kerana saya sudah menurunkan berat badan sedikit. Jadi sebab itu muka saya kelihatan sedikit berbeza. Jangan cakap saya buat operasi kerana saya tidak pernah meletakkan pisau dekat muka. Dekat perut saja saya letak iaitu masa melahirkan anak,” katanya. Enot berkata sedemikian sebagai respon kepada soalan salah seorang pengikutnya ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Pun begitu, pelawak yang berusia 45 tahun itu tidak menceritakan secara terperinci mengenai proses penurunan berat badan itu kepada warganet. Malah, Enot memberitahu penggunaan filter di media sosial juga menjadi faktor wajahnya berbeza daripada kebiasaan. “Adakah anda baru ke dalam TikTok. Untuk makluman, TikTok menyediakan filter percuma yang boleh digunakan. Saya sudah turunkan berat badan jadi sebab itu muka saya nampak lain,” katanya lagi.

Pelakon filem Cinta Luar Biasa itu berazam untuk menurunkan berat badan kerana mahu menjaga kesihatan dan kembali aktif berlakon seperti sebelum ini. “Saya sekarang ini lebih positif dan memerlukan perubahan. Saya tidak mahu duduk di takuk lama saja. Bukan kerana saya sudah tua, gemuk seperti dahulu jadi saya hanya perlu duduk saja di situ (tiada perubahan). Sebagai manusia kita mesti hendak melalui proses perubahan (ke arah kebaikan) untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa.

“Saya sendiri tidak berubah kerana orang lain. Saya berubah kerana saya tidak mahu jatuh sakit, tidak mahu pinggang saya kena buat pembedahan atau apa-apa. Saya cantik bukan untuk pergi mengurat orang atau buat benda bukan-buakan, tetapi saya kena cantik sebab saya ingin buat kemunculan semula,” jelasnya. Untuk pengetahuan semua, Enot pernah menurunkan berat badan sebanyak 58 kilogram (kg) iaitu daripada 140 kg kepada 82 kg.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version