Nampak ayu bila bertudung, Cik B akui masih belum terbuka hati nak menutup aurat sepenuhnya

PERKONGSIAN video TikTok anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengenakan hijab menjadi perhatian warganet. Mana tidaknya, keayuaan Cik B semakin terserlah saat menyarungkan tudung sehingga membuatkan ramai terlupa dengan imej tomboinya sebelum ini. Difahamkan, percubaan untuk berhijab sebenarnya dibuat demi memenuhi permintaan salah seorang pengikutknya sahaja. Kata Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, dia masih belum terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya. Klik sini untuk lihat video.

“Macam ini ke? Tak tahulah bila akan terbuka hati nak berhijab. Lambat laun kena pakai juga, kan,” katanya. Cik B menulis perkara itu menerusi hantaran video memaparkan dia sedang dipakaikan tudung berwarna hitam oleh seorang perunding gaya. Dalam pada itu, Cik B turut meluahkan rasa syukur atas doa dan nasihat daripada orang ramai di media sosial. “Doakan Cik B ya. Terima kasih semua yang selalu nasihat dan doakan saya yang baik-baik,” ujarnya.

Sementara itu, warganet di ruangan komen memuji usaha Cik B serta memberi dorongan buat gadis itu agar menutup aurat dengan sempurna satu hari nanti. “Cik B nampak cantik bertudung, ingat bidadari jatuh dari langit.” “Tak apa Cik B, sentiasa doa nak pakai tudung dan buat secara perlahan-lahan,” komen warganet.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version