Jangan salah pilih cinggey, Faisal Halim dedah beberapa hal yang boleh menjatuhkan kerjaya pemain bola sepak

Pemain bola sepak negara, Faisal Halim dedah hal yang boleh jatuhkan pemain bola sepak dalam kerjaya mereka. Menerusi perkongsian Faisal di akaun TikTok Pak Mat Western Cafe, dia menyatakan ada tiga perkara utama yang boleh mempengaruhi kerjaya pemain bola sepak profesional. Menurutnya, kejatuhan pemain bola sepak sebenarnya adalah dari diri sendiri dan tiga perkara yang boleh mempengaruhi adalah duit, kecederaan dan juga kesilapan dalam memilih pasangan. Klik sini untuk lihat video.

“Yang menjatuhkan pemain bola sepak diri mereka sendiri lah, yang pertama, duit, kedua; injury; ketiga; jangan salah pilih isteri, Yang tak kahwin lagi; girlfriend la, orang Penang kata cinggey,” katanya. Ujar pemain yang biasa disapa Mickey itu, dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang baik serta memahami kerjaya sebagai pemain bola sepak. “Alhamdulillah saya dapat isteri yang baik ah,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Mickey mengatakan bahawa perkara-perkara tersebut sebenarnya berbalik kepada diri sendiri juga dan harus pandai mengawal diri masing-masing. “Tapi, pandai-pandai jaga dirilah,” jelasnya lagi. Namun begitu, pemain pasukan Selangor FC itu menegaskan bahawa apa yang paling penting sebagai seorang pemain bola sepak adalah disiplin.

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di media sosial. Kebanyakan mereka bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Mickey tentang perkara-perkara yang boleh menjatuhkan pemain bola sepak. Dalam pada itu, mereka turut berasa gembira dengan perkembangan semasa pemain tonggak utama Harimau Malaya berkenaan selepas hampir tiga bulan berehat susulan mengalami kecederaan parah selepas disimbah asid.

Terdahulu, Faisal Halim telah disimbah asid pada 5 Mei 2024 di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara. Dia telah mengalami kecederaan lecur tahap empat dan beberapa kali menjalani operasi. Selepas sebulan, pemain sayap pasukan Selangor FC telah mencul di muka umum dan menunjukkan kesan daripada kejadian yang masih lagi dalam siasatan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, dia terlihat semakin ceria apabila kerap ada di bangku penonton di stadium dalam beberapa perlawanan melibatkan pasukan yang diwakili olehnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version