Setelah sekian lama menyepi, terkini tular gambar Aliff Aziz mencari ketenangan dengan sertai tabligh

TIADA lagi kontroversi melibatkan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dilihat mencari ketenangan dengan mendalami ilmu agama. Ia susulan seorang pendakwah iaitu Ustaz Haji Taufik berkongsi kehadiran Aliff ke salah satu masjid di Singapura menerusi akaun TikTok miliknya. Menerusi video tersebut, Aliff dilihat bersedia untuk menjamah hidangan bersama beberapa orang rakan jemaahnya.

Tidak hanya itu, Taufik juga seakan menitip pesan agar orang ramai tidak menjatuhkan hukum terhadap Aliff. “Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga? Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan mudah-mudahan pengakhirannya semuanya akan menjadi lebih baik. Ulama beritahu ‘hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya tetapi mereka yang tersalah memilih suasana’,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah Taufik juga berharap agar aktiviti keagamaan yang dilakukan selama tiga hari itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai. “Mudah-mudahan suasana agama ketika keluar tiga hari ini akan menjadi medan tarbiah untuk kami islah diri dan belajar menjadi orang yang baik di sisi Allah SWT,” ujarnya. Perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai yang rata-rata mendoakan perubahan Aliff. Sekitar Ogos 2021 lalu, Aliff pernah mengikuti jemaah tabligh bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Menurut Aliff ketika itu dia hanya menjalani kehidupan yang diaturkan Allah kepadanya. Untuk rekod, Aliff dan Bella Astillah berpisah talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Selepas melafazkan talak, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version