Tular gambar mesra Amir Ahnaf dengan seorang perempuan, individu ni akui setahun tunggu tapi dia ada perempuan lain

Tular di media sosial mengenai seorang pelakon meningkat naik apabila seorang wanita dakwa Amir Ahnaf selepas berkongsi beberapa foto mesra mereka berdua. Menerusi perkongsian itu, wanita terbabit membuat pendedahan mengenai hubungannya bersama pelakon drama siri Astro Originals Projek: High Council. Dakwanya, dia sudah mengenali Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin sejak setahun yang lalu.

Tambah wanita berkenaan, hubungannya dengan pelakon asal Dungun, Terengganu itu hanya bertahan setahun sahaja selain mendakwa Amir sudah mempunyai teman wanita baharu. Katanya lagi, dia terpaksa melupakan pelakon itu selepas orang ramai mengetahui hubungan Amir dengan wanita lain. Dia juga menyedari dirinya tidak sekufu dengan pelakon tersebut.

“Sudah masuk setahun saya mengenali awak. 30 Julai 2023 kita mengenali antara satu sama lain. Sudah tiba masanya untuk saya move on selepas semua orang tahu awak bersama si dia. Setahun aku tunggu dia. Aku bukan sekufu. Yang paling sakit dia post pasal perempuan itu selepas jumpa aku. Apapun, terima kasih untuk segalanya.

Lebih menarik perhatian netizen apabila perkongsian itu turut diselitkan foto penyanyi kumpulan Dolla iaitu Angel. Perkongsian itu telah membuatkan hetizen kecewa melihat dan berharap pelakon lelaki itu dapat memberi penjelasan mengenai isu ini. Terdahulu, Amir Ahnaf menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bercinta bersama anggota kumpulan Dolla iaitu Angel. Jelasnya, dia dan Angel merupakan sahabat baik bahkan sudah menganggap penyanyi berusia 23 tahun itu sebagai adik.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version