Pendakwah selebriti Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz berpesan golongan lelaki wajib sediakan tempat tinggal terlebih dahulu kepada bakal isteri sebelum mendirikan rumah tangga. Haris yang juga suami kepada selebriti terkenal Neelofa berkata, perkara itu juga ada disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W. Haris berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram ketika hadir menyampaikan ceramah di sebuah acara dekat Singapura. Klik sini untuk lihat video.
Katanya, tanggungjawab seorang lelaki lebih besar terutama memberi nafkah kepada pasangannya. Malah, perkara itu ada juga ulama mengatakan ia wajib dan ada pula menyatakan sunnah mesti dibuat. “Nanti bila sudah kahwin, yang datang lebih besar adalah tanggungjawab. Yang datang lebih besar adalah nafkah yang perlu diberikan. Handsome kalau tak beri nafkah, tak guna juga. Kepada orang lelaki, apa yang sepatutnya dibuat sebelum kahwin? Nabi kata, ‘wahai lelaki, sebelum kahwin perlu sediakan tempat tinggal’. Tidak kira sewa atau beli, mesti sediakan tempat tinggal,” katanya.
Tambah pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail, Allah murka dengan golongan lelaki yang gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami. “Sebab itu, zaman sekarang ada lelaki yang kahwin dengan isteri kaya kemudian dia kata ‘i’m so happy, living in the house tak perlu bayar apa-apa, hidup senang’, tetapi itulah kemurkaan Allah. Sebab tak faham apa yang disuruh Allah. Bila tak bahagia kemudian barulah nak persoal, sedangkan perkara yang pertama pun tidak dibuat,” ujarnya.
Sekadar info, PU Riz dan Neelofa telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2 dan Abdullah Abbas, 1. Sumber: Omm.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.