Hubungan dengan mertua masih baik, Puteri Sarah akui belum jumpa pilihan hati lepas setahun dah berpisah

Pelakon sensasi, Puteri Sarah lebih suka cari cinta baru berbanding menjalin semula ikatan istimewa bersama individu yang pernah memiliki hatinya, sebelum ini. Menurut laporan Harian Metro, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata sehingga kini dia belum menemui pilihan hati selepas setahun berpisah dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof.

“Saya lebih suka cari cinta baru. Kalau ada jodoh dengan lelaki yang tepat saya okey saja. Saya pun nak juga berteman memandangkan saya pun masih muda lagi. Kalau ada jodoh saya terima, kalau sebaliknya saya reda,” katanya. Dalam pada itu, aktres yang berusia 39 tahun itu bersyukur kerana hubungan bersama mentua masih baik malah dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersama bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam.

“Alhamdulillah saya baik-baik saja. Hubungan saya dengan keluarga mentua pun masih utuh. Lagipun saya ada terbabit dengan penggambaran drama terbitan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam, jadi kami sering berjumpa di lokasi penggambaran,” ujarnya. Sekadar info, Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun, berpisah pada 14 Jun 2023. Pasangan selebriti itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7 dan Sumayyah, 6.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version