Seorang lelaki India sah peluk Islam apabila hampir terjerlus ke dalam lubang benam di Jalan Masjid India dalam sebuah kejadian pada Jumaat lalu. Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, lelaki yang dikenali sebagai Kalidass melafaz dua kalimah syahadah di pejabat Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara. Difahamkan, lelaki India warga tempatan yang berusia 48 tahun itu kini memilih nama Haridath sebagai nama Islamnya.
“ABIM memohon agar semua pihak memberi ruang kepada saudara baru ini bertenang, menghormati privasi dan mendoakan kebaikan beliau. Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah, serta istiqamah dalam mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya,” ujarnya dalam sebuah kenyataan, hari ini. Tular di media sosial kisah mengenai seorang lelaki yang berada berhampiran di kawasan wanita warga India terjatuh dan hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India telah memeluk Islam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, lelaki itu percaya bahawa Allah telah menyelamatkannya dari ditelan bumi bergegas ke ABIM untuk melafazkan dua kalimah syahadah. “Sebaik sahaja dia terselamat, dia terus membuat keputusan hendak masuk Islam secepat mungkin. Dia benar-benar yakin dengan adanya Allah swt dan Allah swt telah menyelamatkan dia dari ditelan bumi.
Maka dia terus yakin yang Allah sayangkan dia dan dia mesti masuk Islam dan menjadi seorang muslimin. Selepas dia pergi ke jabatan agama Islam wilayah mereka telah mengarahkan Haridath ke pejabat ABIM Masjid Negara untuk urusan pengislamannya dengan kami dalam Bahasa Inggeris,” katanya. Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita warga India berusia 48 tahun yang dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas terjatuh dalam tanah jerlus kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Sehingga kini, mangsa masih belum dijumpai selepas seminggu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh pihak berkuasa. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.