Dalam hati hanya ada mama je, Iqram Dinzly akui walaupun usia mencecah 43 tahun tapi masih ada keinginan untuk berumahtangga

Pelakon Iqram Dinzly mendedahkan masih berharap agar dipertemukan jodoh meskipun usianya kini mencecah 43 tahun. Ketika ditemui di majlis pelancaran Sun Spectrum + oleh Avenys, Iqram meluahkan kebimbangan terhadap sikap individu zaman sekarang yang terlalu terbuka untuk berkongsi masalah rumah tangga dengan membuka aib pasangan sendiri di media sosial.

“Saya risau dengan keadaan sekarang. Media sosial sangat jahat, banyak berlaku perceraian atau masalah rumah tangga berpunca daripada media sosial. Saya tak takut cuma saya memberi peluang kepada diri saya untuk memiliki seorang isteri mithali atau ibu kepada anak-anak saya, InsyaAllah. Saya masih berharap (berkahwin) sebab tengok kawan-kawan seperjuangan saya dah ada keluarga sendiri, dah nampak warisan dan legasi mereka. Saya teringin juga nak tengok hasil (anak) daripada sperma saya dan ovum isteri saya.”

Dalam pada itu, Iqram atau nama lengkapnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin memberitahu dia masih belum mempunyai seseorang yang istimewa dihati sebaliknya dia kini mahu memberi kebahagiaan kepada ibunya. “Saya tiada sesiapa. Terus terang saya cakap, dalam hati saya sekarang hanya ada mama saya sahaja untuk saya fikirkan. Selama ini saya rasa saya tak mampu nak beri banyak kepada papa saya, tapi untuk mama saya ni saya rasa saya kena beri.

Jadi banyak benda yang saya kena perbaiki balik. Biarlah saya beri kebahagiaan kepada mama dulu, kemudian baru saya fikir isteri dan anak-anak. Sebab tu saya gilakan diri saya, tak ada siapa dekat dengan saya.  Saya pun tak sempurna tapi saya perlu menyempurnakan kehidupan saya.” – Iqram Dinzly

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version