Lebih dari setahun menyepi di laman ig, Ira Kazar muat naik gambar terbaru dengan kuda

Isteri kepada pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kongsi foto baru di laman Instagramnya selepas lebih setahun menyepi di aplikasi tersebut telah berjaya tarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ira pada Ahad, dia yang mengenakan penampilan serba biru kelihatan gembira dapat meluangkan masa dengan dua ekor kuda. Dalam perkongsian itu juga, dia turut menyelit sepotong video pendek membelai dan membersihkan bahagian mata seekor kuda menggunakan tisu.

“Introducing these beautiful creatures Santana & Jenggo,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat anak pelakon senior, Kazar Saisi itu tampak lebih menawan selepas mendirikan rumah tangga bersama Syamsul Yusof.

Bukan itu sahaja, ada individu memberitahu wajah Ira Kazar mirip seperti wanita Turki malah warganet sudah mulai menyukai personaliti wanita terbabit yang menunjukkan aura positif di media sosial. Terdahulu, nama Ira menjadi bualan hangat ramai apabila bergelar isteri kedua kepada Syamsul selepas pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengumumkan sendiri berita tersebut di Instagram pada 5 Januari 2023.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana yang juga isteri pertama Syamsul pada ketika itu bertindak memfailkan perpisahan sebelum mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version