Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai dakwaan selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sedang hamil cahaya mata ketiga. Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, khabar angin tersebut adalah tidak benar. Difahamkan, foto yang tular menampakkan Neelofa seolah-olah mempunyai ‘baby bump’ itu mungkin disebabkan pakaiannya yang labuh dan longgar. “Neelofa belum hamil lagi. Dia bahagia membesarkan dua anaknya sekarang ini. Doakan semoga dia dikurniakan rezeki menambah cahaya mata.”
Terdahulu, terdapat spekulasi mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu sedang hamil anak ketiga menerusi foto terbarunya di Instagram. Biarpun bukan kali pertama warganet berteka-teki mengenai status kehamilannya, namun ramai pihak teruja selepas melihat perubahan fizikal Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor yang kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’. Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, 1.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.