4 bulan tak berjumpa dengan keluarga, isteri kongsikan momen anak anak jumpa dengan Datuk Azizulhasni Awang

Selepas memaklumkan sudah empat bulan anak-anak tidak berjumpa ayah mereka menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories (IGS) miliknya, isteri kepada atlet berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang iaitu Datin Athiah Ilyana Abd Samat akhirnya berkongsi momen mereka sekeluarga berkumpul bersama. Menerusi hantaran terkini di Instagram, Athiah berkongsi momen dirinya bertemu suami tercinta setelah sekian lama tidak berjumpa dek kerana memberikan fokus terhadap penglibatannya di sukan Olimpik Paris 2024. Klik sini untuk lihat video.

“Setelah sekian lama, akhirnya dia milik saya sepenuhnya. Saya doakan moga segala pengorbanan yang kami lakukan menjadi inspirasi untuk generasi muda. Setiap nikmat yang datang itu dari Allah dan segala kekurangan itu datang dari kami. Moga para belia melihat bahawa dunia ini dipenuhi dengan nikmat yang tidak berkesudahan,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Dalam pada itu, dia dan suaminya yang juga dikenali sebagai The Pocket Rocketman kelihatan berkongsi sepotong video pendek memaparkan momen-momen manis ketika anak-anak berjumpa dengan ayah mereka selepas empat bulan terpisah. “Point of view, When your daddy is coming back from Paris Olympics and you haven’t seen him for almost 4 months,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terharu dengan perkongsian video tersebut sekaligus mengucapkan terima kasih kerana sanggup berkorban untuk negara sehingga terpaksa tinggalkan ahli keluarga terutamanya anak-anak. Malah, mereka menyifatkan ’emas’ sebenar yang dimaksudkan adalah keluarga yang sentiasa ada tidak kiralah ketika waktu senang mahupun susah.

Terdahulu, Athiah menjadi perhatian selepas memuat naik foto di IGS bersama empat orang anaknya dengan muzik latar nyanyian Datuk Aishah berjudul ‘Pulanglah’ beserta kapsyen yang ditujukan buat suaminya. “Pulanglah, sudah empat bulan anak-anak tidak jumpa Abi. Olimpik Paris 2024 is so wow,” tulisnya. Ia susulan, kegagalan suaminya memburu pingat emas pada acara Keirin yang berlangsung di Sukan Olimpik Paris di Velodrom Saint Quentin en Yvelines pada 10 Ogos lalu.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version