Dato Aliff Syukri muat naik video detik cemas disergah lelaki tak dikenali, terkejut siap nak tunjuk kemaluan lagi

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik cemas apabila diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Menurut Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, lelaki terbabit yang dipercayai warga asing telah datang menghampiri keretanya sambil membawa sebilah pisau. “Mohon berhati-hati, sumpah saya takut! Siapa yang pernah kena macam saya ni? saya takutlah kenapa banyak sangat orang asing macam ni. Dia siap bawa pisau kat tangan kiri dia.” Klik sini untuk lihat video.

Bukan itu sahaja, menerusi video yang dikongsikan di Instagram, lelaki terbabit turut melakukan gangguan seksual dengan membuka zip seluarnya di tempat awam. “Saya terkejut sangat tiba-tiba bila saya nak turun daripada parkir kereta ada orang daripada luar datang sergah kereta saya.” Susulan daripada kejadian yang berlaku, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati walau dimana anda berada lebih-lebih dikala Malaysia kini banyak dikejutkan dengan berita-berita jnyh.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version