Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim terima kritikan hebat dalam kalangan warganet gara-gara didakwa membuat lawak berunsur ‘double meaning’ terhadap isteri dan anaknya. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh isteri Ryzal iaitu Maryam You Narae di laman Instagramnya, mereka berada di sebuah pasar raya untuk membeli keperluan barangan rumah. Dalam video tersebut, Maryam berkongsi kepada umum tips atau cara untuk memilih buah tembikai yang mempunyai isi elok dan manis. Klik sini untuk lihat video.
Selain cara menepuk-nepuk buah itu, orang ramai boleh menentukan buah tembikai yang manis dengan melihat garisan dan bahagian tapak. “Garis nipis dan besar, kalau garis pada tembikai tu besar lagi sedap. Satu lagi, tapak pada bahagian bawah tembikai. Kalau besar tak sedap, tapi kalau kecil sedap,” ujar Maryam.
Bagaimanapun, tindakan Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang mengaitkan saiz bahagian tapak tembikai itu dengan isteri dan anaknya telah mengundang rasa tidak puas hati ramai. “Kalau yang kecil macam Rina, besar ni macam Maryam punya,” dakwa Ryzal.
Dalam pada itu, ramai menegur sikap pempengaruh yang berasal dari Kelantan itu untuk tidak membuat lawak berunsur ‘double meaning’ atau lucah yang boleh menjatuhkan imej serta maruah isterinya. Sebelum ini, nama Ryzal menjadi bualan hangat ramai berhubung beberapa kontroversi seperti isu singgah ke mekah untuk minyak wangi kegemarannya sebelum pulang ke Malaysia pada hari yang sama. Sekadar info, Ryzal berkahwin dengan Maryam di Korea Selatan pada Ogos 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.