Penampilan pelakon, Remy Ishak yang memakai subang hidung atau ‘septum ring’ palsu dalam sebuah sidang media baru-baru ini menjadi kritikan ramai di media sosial. Menyedari nama suaminya menjadi sebutan, isterinya Ezza Yusof tampil mempertahankan Remy dalam satu perkongsian di Instagram Story (IGs). “Cincin (septum ring) itu dia dah pulangkan dekat saya, chill ok,” katanya.
Dalam muat naik lain di IGs, Ezza turut membidas komen individu yang mengkritik aktor filem The Experts itu didakwa sengaja mencipta kontroversi kerana semakin sendu. Kata ibu anak satu ini, Ezza memaklumkan rezeki suaminya tidak pernah putus namun hanya memilih untuk tidak berkongsi di media sosial. “Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ni dapat cuti kerja. Bezanya suami saya ni susah nak share di media sosial. Semoga Allah permudahkan urusan adik ya,” tulisnya.
Sebelum ini, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak ketika ditemui di siang media drama terbitan Viu The Secret memaklumkan dia tidak kisah sekiranya netizen mengecam penampilannya memakai ‘septum ring’ meskipun kini sudah bergelar bapa. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.