Meskipun pernah gagal dalam perkahwinan, pelakon Puteri Sarah memberitahu pintu hatinya masih belum tertutup dan tidak menolak rezeki sekiranya mendirikan rumah tangga sekali lagi. Ketika ditemui, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, berkata, dia tidak serik untuk berkahwin dan akui usianya masih muda. “Saya nak cari cinta baharu, kalau ada jodoh, nak la juga. Sebab saya pun bukan la tua lagi, masih muda lagi. Saya tak pernah serik (berkahwin).”
Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai proses mediasi kes saman melibatkan bekas pekerjanya, Nazatul Nazira di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini. Sementara itu, disoal mengenai tindakan meninggalkan komen di Instagram aktor Indonesia, Andi Arsyi baru-baru ini, Sarah menjelaskan dia dan lelaki itu hanya saling membalas kata-kata semangat. “Komen itu saja-saja. Dia ada bagi saya quotes, jadi saya pun balas la dengan quotes juga. Kata-kata yang membina. Sebab kita sangat serumpun.”
Terdahulu, hubungan Sarah dan Andi menuai pelbagai reaksi wargamaya apabila mereka kelihatan sentiasa bersama sehingga timbul khabar angin mengatakan dua pelakon itu sedang bercinta. Namun, sehingga kini, tiada pengesahan dari kedua-dua pihak mengenai dakwaan tersebut. Imbas kembali, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.