Ramai yang tak senang duduk bila tengok Aslam buat live dengan Umisya masa isteri kedua tengah pantang, sekali ini penjelasan dari mereka

Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania menjadi perhatian warganet. Menerusi sesi siaran langsung (live) di TikTok, ada warganet yang menasihati suami Umisya iaitu, Ahmad Aslam agar jangan terlalu dekat dengan kamera. Tidak berdiam diri, Aslam tampil memberi respons dengan komen tersebut dengan mengajuk komen pengguna tersebut.

Malah, Umisya yang berada disebelah Aslam turut memberi respons terhadap tindakan suaminya itu. “Bahaya dekat-dekat ni Ley (Aslam), nanti ada nombor 3 Ley,” respons Umisya pula. Menjengah ke ruangan komen lagi, penonton turut memberi reaksi terhadap respons Umisya itu. Rata-ratanya tinggalkan komen dengan emoji ketawa. Dalam pada itu, Umisya turut menasihati penonton agar tidak bertikam lidah di ruangan komen. Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memaklumkan Aslam mempunyai sistem giliran bersama isteri-isterinya.

“Korang jangan risau tau, jangan gaduh dalam ni sebab Aslam ada giliran dia,” ujar Umisya lagi. Terdahulu, Umisya Mazlan tampil menjelaskan tujuan dia dan suami, Ahmad Aslam membuat siaran langsung bersama di TikTok pada malam, Selasa. Minggu lalu, Marissa dilaporkan dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk. Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan namun bayi pra matang dilahirkan tidak dapat diselamatkan dan pergi menghadap illahi.

Perkara itu turut disahkan oleh suami Marissa iaitu Ahmad Aslam yang juga memohon orang ramai mendoakan keadaan isterinya ketika ini. Julai lalu Marissa menjadi perhatian apabila didakwa sedang berbadan dua apabila baby bump kelihatan di sebuah majlis. Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.

Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version