Ada pula yang kurang senang bila dah berbaik dengan Shuk Sahar, sekali ini pula respon Fara Salleh

ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menegur segelintir netizen yang berasa kurang senang melihat dia memilih untuk berbaik semula dengan suami tercinta. Kata Fara, andai tindakannya untuk menyelamatkan rumah tangga itu tidak disenangi, dia meminta warganet supaya tidak lagi mengikutinya di media sosial. “Di Instagram ada butang ‘unfollow’ dan ‘block’.

“Bagi sesiapa yang tidak suka saya atau tak suka melihat saya kembali kepada suami dan memperbaiki hubungan kami, sila jauhkan diri daripada Instagram saya. Jangan komen yang bukan-bukan di sini. Assalamualaikum,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Ahad. Kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat warganet selepas Fara menerusi Thread menulis luahan hatinya dengan berkata dia sudah cuba mencari jalan penyelesaian konflik mereka namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak berbincang.

Bagamanapun Fara dan Shuk memilih jalan damai apabila kedua-duanya dilihat terbang ke Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah bersama. Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu. Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan berpisah pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version