Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania enggan di wawancara ketika ditemui di Majlis Pelancaran Sun Spectrum oleh Avenys, pada Rabu. Ketika ditanya wartawan, Marissa yang hadir ditemani suami, Ahmad Aslam tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan sedang hamil anak sulung seperti yang tular di media sosial. Walau bagaimanapun, Marissa meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya. Klik sini untuk lihat video.
“Terima kasih yang doakan baik-baik. Itu sahaja yang saya boleh cakap.” Sementara itu, Aslam turut mengunci mulut dan memaklumkan tiada apa yang mahu dikongsi. “Tak ada apa nak share (kongsi).” Pada Julai lalu, Marissa menjadi perhatian apabila didakwa sedang berbadan dua apabila didakwa kelihatan ‘baby bump’ di sebuah majlis. Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.
Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.