Besarkan dua orang anak bersendirian, Rita Rudaini dedah tiada tips untuk dikongsikan kepada khalayak

Biarpun membesarkan kedua-dua anak lelaki sendirian, pelakon jelita Rita Rudaini akui tiada sebarang tips untuk dikongsikan kepada khalayak. Jelas Rita, apa yang dilakukan sekarang hanyalah rutin biasa sepertimana ibu bapa lain dalam membentuk institusi kekeluargaan yang progresif. “Sejujurnya, saya tidak ada tips. Saya macam orang lain juga yang sibuk mengurus persekolahan anak, hantar anak ke sekolah, sediakan kelas tuisyen, jika anak ada peperiksaan saya turut sama sibuk dan ‘nervous’ menunggu keputusan.

Bagi Rita, dia percaya tentang kebolehan anak-anaknya dan akan membantu mereka dalam apa jua keadaan. “Saya selalu percaya pada kebolehan dan kemampuan anak-anak. Selagi mereka mampu buat, saya akan bantu mereka. Saya akan usahakan. Tapi, alhamdulillah, anak-anak saya sangat memahami”, jelasnya. Baru-baru ini, putera sulung Rita, Airit Rayyan Rizqin telah memecah rekod dalam pelumbaan acara 4x400m dalam kejohanan olahraga di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD) dan kini dia sudah hampir menghafal 15 juzuk Al-Quran.

Selain itu, Rita turut menyatakan bahawa dia sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada anak-anaknya, biar seimbang sukan dan pelajaran. “Sebagai ibu dan bapa, saya sentiasa menyokong apa yang anak-anak minat. Baik dalam pelajaran mahu pun sukan. “Saya tidak sesekali menghalang keinginan mereka selagi perkara itu bagus dan memberikan manfaat. Bagi saya, tidak ada mana-mana ibu bapa yang tidak gembira jika anak mereka berjaya, begitu juga saya.

Jadi, semangat yang lahir dalam diri anak-anak saya itu juga adalah semangat untuk saya,” katanya. Ketika kejayaan anaknya dalam bidang sukan mendapat perhatian ramai, Rita sentiasa mengingatkan anak-anaknya bahawa bersukan merupakan salah satu proses pembelajaran, pendidikan paling utama. “Saya sentiasa ingatkan aktiviti sukan yang mereka tempuh sekarang adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.

Pendidikan tetap menjadi keutamaan mereka pada masa kini selain perkara asas yang sudah tentu tanggungjawab umat Islam iaitu agama”, ulasnya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version