Tindakan pelakon, Puteri Sarah memerintahkan injunksi kepada bekas pekerjanya, Nazatul Nazira menerima sambutan ramai sehingga ada dalam kalangan mereka meminta aktres, Bella Astillah melakukan perkara sama kepada ibu mentuanya. Menerusi ruangan komen di hantaran Puteri Sarah, ada segelintir warganet memetik akaun Instagram Bella Astillah untuk memfailkan perintah injunksi kepada ibu Aliff Aziz.
Ia susulan beberapa kenyataan ibu mentuanya, Hafiza Aziz yang didakwa seakan menyindir Bella terutamanya berkaitan hal anak-anak, Ayden dan Aira. Warganet berpendapat bahawa perintah injunksi itu akan dapat melindungi Bella sekaligus memberi pengajaran kepada ibu mentuanya.
Sebelum ini, dalam satu perkongsian di IG, Bella mendakwa ibu mentuanya itu cuba mempengaruhi minda anak lelakinya, Ayden Adrean sewaktu membuat panggilan video, baru-baru ini. Bella dan Aliff bernikah pada 9 September 2016 dan rumah tangga mereka dihiasi kehadiran dua anak, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. Mereka sah berpisah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu gara-gara isu Aliff yang ditangkap khlwt bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lepas.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.