Nak sahabat kembali bersinar dalam industri hiburan, Shuib dedah jadikan Mamat Sepah sebagai hos baru Dols Podcast

Mahu sahabat kembali sinar dalam indusrti hiburan, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu memberi peluang kepada Mamat Sepah untuk menjadi pengacara baharu dalam program Dol’s Podcast. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad di laman Instagramnya, dia bertindak melamar Mamat untuk sertai Dol’s Podcast bersama dua rakan yang lain iaitu Fizie dan Shuk Sahar.

“Tahniah Mat, kau dalam Dol’s Podcast! Betul Mat, aku tak main-main… kau nampak aku tengah rakam sekarang. Jadi muka kau akan ada dekat billboard Dol’s podcast tau. Kita kene buat yang sehabis baik, Mat,” katanya. Dalam perkongsian tersebut, reaksi gembira terpancar pada wajah Mamat atau nama lengkapnya Mohd Noor Murad selepas sahabatnya memberitahu perkara tersebut.

Malah, dia juga menganggap peluang yang diberikan Shuib seolah-olah memberi harapan baharu buatnya untuk meneruskan kerjaya sebagai penggiat seni tanah air. “Kau bagi aku nyawa Ib (panggilan Shuib) selepas nyawa aku hilang berbelas tahun Ib. Meremang bulu roma aku. Kalau aku masuk Dol’s Podcast aku suruh bini aku berhenti kerja. Tak, dia yang nak berhenti… sebab dah ada gaji,” jelasnya.

Terdahulu, Mamat Sepah pernah menjadi tetamu jemputan dalam Dol’s Podcast pada episod 10. Program tersebut sudah mula bersiaran sejak 17 Mac lalu menerusi platform YouTube dan Spotify. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version