Seorang lelaki tak setuju suami kena jaga anak dan memberi contoh dengan menyebut dua tokoh hebat dunia iaitu Bill Gates dan Elon Musk dalam pengurusan zuriat. Dalam perkongsian tersebut, dia menganggap banyak pihak keliru dengan tanggungjawab menjaga anak kerana sebagai seorang suami dan bapa, tugas mereka adalah ‘berperang’ di luar bagi mencari rezeki. Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, dia telah menjadikan Bill Gate dan Elon Musk sebagai contoh yang menurutnya tidak menjaga anak-anak mereka. “Saya tak nafikan ada lelaki yang tak faham tanggungjawab tapi kalau tengok idea ini (lelaki jaga anak), 30 tahun terakhir ini sahaja baru lelaki jadi luar tabii disuruh jaga anak,” katanya. Dia juga menyatakan tanggungjawab wanita yang berperanan sebagai seorang ibu dan isteri semakin kurang jika dibandingkan dengan zaman ibu-ibu kita dahulu.
Hal ini disebabkan ramai wanita kini menghantar anak-anak ke taska serta makanan juga boleh dipesan sahaja tanpa perlu bertungkus-lumus memasak di rumah. Ujarnya di akhir perkongsian, dia berpendapat bahawa ramai yang masih keliru dengan tanggungjawab masing-masing. Perkara tersebut mungkin menjadi pun berlaku perbalahan antara suami isteri terutamanya berkaitan penjagaan anak-anak. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima dan kebanyakan mereka berasa tidak senang dengan pendapat lelaki terbabit.
Mereka menganggap suami dan isteri mempunyai peranan dalam penjagaan anak-anak memandangkan ia adalah zuriat bersama serta tidak boleh menyamakan kehidupan zaman sekarang dengan kondisi zaman dahulu.
Sebelum ini, sebuah podcast telah telah membincangkan topik berkenaan lelaki yang memilih untuk lepak di luar bersama rakan-rakan berbanding di rumah sahaja membantu menjaga anak. Dalam podcast tersebut, aktivis seni, Takahara Suiko mempersoalkan mengapa ada lelaki tidak mahu menjaga anak bersama sedangkan isteri telah mengandungkan cahaya mata mereka selama 9 bulan sendirian.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.