Ramai yang terkejut bila Syamsul Yusof failkan untuk berpisah, sekali ig Ira Kazar dihujani kata kata semangat dari warganet

Semalam industri seni dikejutkan dengan berita mengenai pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang didakwa sudah memfailkan perpisahan terhadap isterinya Ira Kazar. Susulan itu, tinjauan mendapati warganet mula menghujani ruangan komen media sosial milik Ira. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet, antaranya ada yang seolah-olah tidak percaya akan tindakan Syamsul selain ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Ira.

“Berita itu betul ke? Ke berita palsu?.” “Semoga berita hari ini (semalam), tak betul.” “Baru perasan tak ada cincin dekat jari. Semoga bertabah ya.” “Semoga Ira tetap kuat, jaga diri.” “Saya memang suka Ira, satu Malaysia kecam dia pun dia diam sahaja, tak ada nak kecam orang.” Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais telah mengesahkan bahawa aktor itu sudah memfailkan untuk berpisah.

Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka. Imbas kembali, timbulnya khabar angin mengenai perpisahan pasangan ini pada Oktober lalu. Walau bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak. Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu. Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perpisahan sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version