Pelawak, Shuk Sahar menyatakan seumur hidupnya tidak pernah bercerita buruk tentang orang lain di Insta Story susulan beberapa pendedahan yang dibuat oleh isteri, Fara Salleh di ruangan Thread. Pemilik nama sebenar, Mohammad Shukri Mohammed Sahar itu dilihat memberi respon terhadap kenyataan Fara yang mendakwa dirinya diburukkan suami ke teman-teman rapat.
Ujar Shuk, dia tidak pernah memburukkan sesiapa seumur hidupnya dan meminta orang ramai menilai sendiri dengan berfikir menggunakan awal. “Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang orang, harap orang boleh guna akal dan fikiran untuk menilai, ” tulisnya ringkas. Sebelum ini, Fara telah memuat naik beberapa luahan meminta agar pelawak itu menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk Shuk.
Ujarnya, sudah banyak kali mereka berbincang dan suaminya masih lagi melakukan hal yang sama walaupun ada perubahan dalam tempih yang sekejap. Tambahnya lagi, dia sering diburukkan oleh suami di lingkungan teman-teman rapat yang suka berkongsi cerita tidak elok pasangan masing-masing.
Sekadar info, Shuk dan Fara telah mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu selepas pelbagai kisah kontroversi melibatkan mereka sewaktu pelawak itu masih mempunyai isteri. Walau bagaimanapun, Fara Salleh menafikan bahawa dirinya menjadi punca perpisahan Shuk dengan bekas isteri pertama, Rossa Sera kerana pelawak berkenaan didakwa memang mempunyai beberapa hubungan dengan wanita lain.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.