Sejak semalam, viral di media sosial berhubung kisah pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang sudah memfailkan perpisahan terhadap isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Terbaru, Datin Patimah menekankan, dia tidak pernah berdoa agar rumah tangga Syamsul dan Ira Kazar akan berakhir dengan perpisahan. Menurut Patimah, dia tidak pernah berdoa sedemikian terhadap anaknya sebaliknya, memohon Allah memberikan yang terbaik buat Syamsul.
Berikutan daripada itu, rata-rata warganet mula membanjiri ruangan komen dan meluahkan pendapat mereka mengenai kisah viral ini. Menerusi pemerhatian, warganet mendoakan segala urusan Syamsul dan Ira dipermudahkan. Pada masa yang sama, warganet berkata, doa seorang ibu sangatlah mustajab. Ini kerana, ikatan perkahwinan yang dibina oleh Syamsul dan Ira didakwa tidak mendapat restu daripada ibu Syamsul sendiri iaitu Datin Patimah.
Terdahulu, Patimah berharap Syamsul kembali ke jalan yang benar. Pada masa yang sama, Patimah berkata, dia sudahpun memaafkan keluarga Ira atas apa yang berlaku. “Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa.” Sekadar info, Syamsul sudah memfailkan perpisahan dengan Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, semalam. Tindakan itu dibuat selepas mereka didakwa tidak ada lagi persefahaman.
Dalam laporan pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perpisahan pasangan selebriti berkenaan. Bagaimanapun, tidak ada sebarang kenyataan daripada kedua pihak. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.