Isteri kepada Syamsul Yusof, Ira Kazar makin rajin kongsi gambar di Instagram selepas lama mendiamkan diri dari platform tersebut. Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat mencuri perhatian apabila memuat naik gambar di dalam kereta tanpa kapsyen keadaan dirinya yang seperti bergenang air mata. Walaupun ia seakan tidak begitu ketara, namun wajah sembabnya jelas kelihatan memandangkan dia juga turut menyertakan emoji tanda hati tanpa sebarang kapsyen.
Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu juga ada memuat naik gambar beberapa hidangan di atas meja serta minuman laicikang. Ira Kazar makin rajin kongsi gambar, banyak gambar selfie. Terbaru, dia turut berkongsi gambar selfie dirinya di dalam kereta dengan mengucapkan salam sambil melemparkan senyuman dan menyertakan lagu berjudul Suga Suga dari rapper antarabangsa, Baby Bash.
Perkongsian dari Ira Kazar ini kerap menjadi perhatian ramai selepas berita berkenaan tindakan suaminya, pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang menfailkan perpisahan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Perkara tersebut sudah tentu mengejutkan ramai apabila perkahwinan yang berlangsung di Selatan Thailand ini goyah dengan alasan tiada persefahaman walaupun baru berjalan kurang dari dua tahun.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.