PERKONGSIAN video TikTok anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang menggayakan pakaian feminin menjadi perhatian warganet. Mana tidaknya, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, yang sebelum ini dikenali dengan imej tomboi tampil manis menyarung gaun hitam berkilauan. Bukan itu sahaja, Cik B turut kelihatan berbeza dengan solekan tebal pada wajah dipadankan dengan rambut palsu panjang. Ekspresi menggoda Cik B ketika dirakam turut mencuit hati warganet malah ada yang tidak tahan melihat kecomelannya.
“Orang suruh Cik B pakai feminin sikit. Okey!” “Ada lagi yang keliru tak?” katanya. Cik B menulis perkara itu pada kapsyen menerusi hantaran video tersebut di akaun TikTok miliknya. Sementara itu, warganet di ruangan komen memuji usaha Cik B berpakaian lebih feminin malah ada turut menyamakan wajahnya seperti ibunya iaitu Datuk Seri Vida. Namun, ada juga yang terkejut melihat perubahan Cik B dan memintanya untuk kembali dengan imej biasa.
“Comel dan cantik Cik B! “Cik B pakai macam perempuan auto gaya muah-muah mak dia keluar. Kelakar! “Takpelah Cik B pakai jelah hoodie balik, seriau tengok!” komen warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.