Banyak bagi inspirasi kepada wanita, Rita Rudaini terima anugerah ibu ikon sempena majlis Anugerah Wanita Ikon

USAHA dan pengorbanan Rita Rudaini membesarkan anak-anak seorang diri terbalas apabila dia diangkat sebagai penerima anugerah Ibu Ikon sempena majlis Anugerah Wanita Ikon 2024/2025. Bersyukur dengan pengiktirafan diterima, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berharap kisah kehidupan itu dapat memberi inspirasi kepada semua insan bergelar wanita. “Terima kasih Ikon Malaysia untuk Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin. Berserta kapsyen tersebut, Rita turut berkongsi video dia menerima anugerah semasa majlis berkenaan. Dalam pada itu, Rita yakin setiap wanita di luar sana juga adalah ikon kerana mereka mempunyai kekuatan dan kehebatan tersendiri dalam mendidik anak-anak. “Kita semua wanita kuat, kita semua adalah ikon! Tidak mudah walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang, ujian dan rasa itu tetap sama.

Percayalah di sebalik ujian itu ada ‘hadiah’ manis yg ALLAH beri kan iaitu ‘anak’. Jagalah, sayangilah dan didik lah mereka kerana Allah,” ujarnya. Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15 danAirit Qaqa Arjuna 13 tahun. Bagaimanapun, ikatan perkahwinan mereka berakhir dengan perpisahan pada September 2013.

Majlis Anugerah Wanita Ikon 2024/2025 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), Kuala Lumpur pada Ahad. Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Anugerah ini diperkenalkan bagi memartabatkan wanita dalam pencapaian mereka merangkumi kerjaya, keluarga dan masyarakat. Turut hadir ke majlis berkenaan iaitu Tengku Permaisuri Selangor iaitu Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version