Berharap dapat bersatu kembali dengan anak, luahan bapa bayi 8 bulan yang pergi menghadap illahi di taska buat ramai yang tersentuh

Luah bapa bayi 8 bulan meninggal di taska, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39 di Facebook ternyata begitu menyentuh hati apabila berharap anaknya, allahyarham Muhammad Al Fateh Amri supaya menunggu dia dan isteri di syurga kelak. Menerusi hantaran di Facebook, Mohd. Fikry Amri berharap agar dapat bersatu kembali dengan anaknya yang meninggal dunia sewaktu berada di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di Taman Kelemak, Alor Gajah pada 6 September lalu.

“Daddy mummy rindukan gelak tawa Muhammad Al Fateh Amri. Tunggu kami di pintu syurga nanti ye anakku. Di akhirat nanti boleh bawa daddy mummy masuk syurga sama-sama. Al Fateh main la dulu dengan anak-anak syurga yang lain,” tulisnya. Dalam pada itu, dia yang bertugas sebagai Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur meluahkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana diberi  pinjaman selama lapan bulan sebelum cahaya mata yang dinanti selama 13 tahun itu dijemput semula Maha Pencipta.

“Allah pinjamkan Al Fateh kepada kami untuk 8 bulan. Kami sangat bersyukur. Pemergianmu bukan satu kehilangan tapi menjadi asbab untuk kami jadi lebih baik. Al Fatihah…” katanya lagi. Tambahnya, pemergian Al Fateh bukan satu kehilangan buat mereka tetap mungkin asbab untuk menjadi lebih baik dikemudian hari. Dia juga berharap agar orang ramai dapat menyedekahkan al-Fatihah buat bayi syurga itu.

Perkongsian yang dibuat oleh Mohd. Fikry Amri  telah mendapat respon daripada kenalan dan juga warganet apabila masing-masing menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian zuriat pertamanya bersama isteri, Sabrina Hakiem Zaini. Mereka juga mendoakan urusan Mohd Fikry dan isteri dipermudah dan terus kuat menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.

Terdahulu, tular di media sosial apabila berita tentang pemergian seorang bayi berusia 8 bulan yang dipercayai akibat lemas selepas dihantar di taska di Taman Kelemak. Difahamkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) taska berkenaan memperlihatkan seorang pengasuh telah menyumbat botol susu ke mulut Al Fateh dan menekup bantal ke wajah bayi berkenaan.

Susulan daripada itu, seorang pengasuh wanita berusia 34 tahun telah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version