Boleh jadikan idola permotoran, tular video warga emas berserban bawa motor RXZ ke Terengganu

Otai masih berbisa apabila tular satu video di TikTok seorang warga emas berserban menunggang motosikal jenis RXZ 6 Speed bagi menyertai program RXZ Members 6.0 di Litar Permotoran Terengganu di Gong Badak. Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai Shazana Jaafar, dapat dilihat yang warga emas terbabit menunggang motosikal tersebut dengan tenang sambil diiringi anak-anak muda yang ada dibahagian depan dan belakangnya. Klik sini untuk lihat video.

Warga emas yang dikenali sebagai Paksu Tomoi itu dikhabarkan setiap tahun mengikuti acara tersebut di Terengganu dan memang dikenali dalam kalangan peminat motosikal tersebut. Dapat dilihat juga Paksu Tomoi dan penunggang-penunggang motosikal yang lain berhenti sejenak di tepi jalan berkemungkinan untuk berehat sebenar sebelum meneruskan semula perjalannya. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengenali warga emas terbabit dan gembira melihat Paksu Tomoi masih rutin menghadiri acara tahunan tersebut.

Mereka juga mendoakan agar perjalanan pergi dan balik Paksu Tomoi dan para penunggang RXZ yang menghadiri program RXZ Members 6.0 itu diberi keselamatan sepanjang berada di jalan serta di tempat perhimpunan.

Sekadar info, RXZ members 6.0 berlangsung pada 13-14 September 2024 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus dan dijangka menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version