Bengang bila budak dijadikan content di tiktok, Diana Danielle puas hati bila Abang Bas kena tahan dengan pihak polis

PELAKON Diana Danielle meluahkan rasa lega susulan penahanan pemandu bas sekolah yang tular merakamkan video kanak-kanak terutamanya pelajar perempuan untuk dijadikan kandungan media sosialnya. Berang dengan alasan yang diberikan pemuda berkenaan, Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, menegaskan tindakan merakam wajah kanak-kanak tanpa kebenaran tetap merupakan satu kesalahan. Malah, tindakan pemuda itu menjadikan kanak-kanak di bawah umur sebagai konten media sosial dianggap keterlaluan.

“Sebagai ibu, saya puas hati dengan tindakan polis tentang isu pemandu bas yang sibuk rakam video pelajar yang dia suka sangat itu. Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok kebelakangan ini, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. Banyak kes haruan makan anak! Apa yang Abang Bas itu ingat, dia boleh anggap anak buahnya sebagai objek seksual dengan alasan nak buat konten saja,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Bersama kapsyen itu, dia turut memuat naik tangkap layar kenyataan media daripada Polis Johor pada Jumaat. Dalam pada itu, Diana mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang didakwa memberikan kebenaran kepada lelaki itu untuk merakam wajah anak mereka. Diana bagaimanapun tetap bersyukur kerana wujud undang-undang yang ketat melindungi hak kanak-kanak di negara ini. “Pemandu bas itu cakap yang ibu bapa budak itu tahu yang dia buat content tersebut dan mereka santai dan okay saja.

Malanganya kalau ibu bapa dia benarkan sekali pun, ada undang-undang yang melindungi kanak-kanak dan saya bersyukur ia wujud. Tiada siapa yang boleh memberikan kebenaran untuk berbuat demikian, termasuk ibu bapa mereka,” kongsinya. Pada pagi Jumaat, seorang pemandu bas ditahan polis dan direman selama lima hari sehingga 10 September. Perintah reman itu dibenarkan Majistret Suhaila Safi’uddin, selepas ia dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version