Eyra Hazali kongsikan berita gembira dah selamat melahirkan ank ketiga, kali ni dapat seorang lagi penjaga gol

Pelakon, Eyra Hazali berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata yang ketiga menerusi hantaran di Instagram (IG). Menerusi hantaran yang dikongsikan, Eyra memberi bayangan dia mendapat ‘baby boy’ selepas memaklumkan seorang lagi ‘penjaga gol’ dilahirkan dalam keluarganya. Menurut Eyra, dia selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu pada 26 September 2024 tepat jam 5.43 petang.

“Masya-Allah, Tabarakallah. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, seorang lagi ‘keeper’ mama papa lahir pada 26 September tepat pada pukul 5.43 petang. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat pelakon filem ‘M4M4’ atas kelahiran terbaharunya itu.

Sekadar info, Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli pada 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Hayder Qhalish, 4 dan Endra Haqimie yang kini berusia dua tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version