Peguam dedah ibu bapa Zayn Rayyan dakwa diugut untuk mengaku salah sewaktu ditahan reman berkaitan kes pemergian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin. Memetik laporan dari Utusan Online, peguam yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf iaitu Fahmi Abd Moin menyatakan pasangan tersebut turut mengalami pelbagai tekanan serta manipulasi dalam usaha mendapatkan pengakuan bersalah mereka.
Difahamkan, mereka juga telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut pada 25 Julai 2024 ,selepas masing-masing dibebaskan dari tahanan reman. Setakat ini, mereka masih lagi menanti hasil siasatan terhadap laporan polis yang dibuat. Dalam pada itu, Fahmi menyatakan bahawa tiga kertas siasatan telah di buka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Shah Alam dan Sungai Buloh namun belum ada sebarang maklumat berkenaan perkembangan siasatan.
“Laporan terhadap siapa, kami tidak boleh dedahkan di sini kerana ia akan didedahkan pada perbicaraan nanti. Cuma kami harap siasatan dibuat bagi memastikan perkara (yang didakwa) itu selain untuk membersihkan nama anak guam kami. Hingga kini kedua-duanya tidak dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan. Laporan telah dibuat dan mereka juga telah mendedahkan nama pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini,” ujarnya.
Terdahulu, Zaim Ikhwan dan Ismanira telah dituduh mengabaikan anak mereka di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023. Susulan daripada itu, pihak mahkamah telah menetapkan perbicaraan kes ini berlangsung selama 15 hari, bermula tahun depan iaitu 20 hingga 24 Januari, 3 hingga 7 Februari dan 17 hingga 21 Februari depan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.