IShowspeed teruk kena kejar dengan peminat di KLCC, sekali ini pula komen dari peminat kpop

Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed teruk dikejar warganet terutama peminatnya dalam kalangan golongan lelaki ketika membuat siri jelajah Asia Tenggara di Malaysia sejak semalam. Ternyata kehadiran pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. telah membuat warganet huru-hara apabila ramai yang mengambil peluang untuk mengejarnya ke mana sahaja dia pergi di dalam Malaysia. Klik sini untuk lihat video.

Malah, dia dapat dilihat dengan jelas apabila personaliti media sosial berusia 19 tahun itu turut dikejar di pusat membeli belah di KLCC dan disambut peminat yang mengerumuninya bagi mendapatkan swafoto dan tandatangan pempengaruh itu Bagaimanapun, sambutan hangat yang diterima oleh IShowSpeed telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet terutama peminat selebriti Korea Selatan (Kpopers) Menurut peminat Kpopers ini, mereka lebih sopan dan menghormat ruang privasi selebriti jika hadir ke Malaysia dan bukannya seperti peminat IShowSpeed yang didakwa langsung tidak memberi ruang kepadanya.

Sebelum ini IShowpeed telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand dan kemudiannya meneruskan perjalanannya ke negara ini. Difahamkan, dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura. Sekadar info, penstriman paling terkenal di YouTuber ini meraih populariti melalui kandungan tidak terduga merangkumi permainan video, reaksi langsung, dan sketsa komedi. IShowSpeed juga dikenali kerana minatnya yang mendalam terhadap bola sepak.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version