Kepala dah dibotakkan, keluarga Abg Bas menangis teresak di Mahkamah Batu Pahat

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Abang Bas dah botak ketika tiba di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, di sini, hari ini. Tertuduh berusia 24 tahun itu dilihat hadir memakai baju berwarna hitam sebaik tiba di perkarangan mahkamah jam 9.30 pagi bagi pertuduhan memuat naik komen jelik berhubung video seorang kanak-kanak perempuan. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Salleh. Klik sini untuk lihat video.

Suasana bertambah pilu apabila bapa kepada Abang Bas muncul ketika kenderaan membawanya menanti ketibaan lelaki itu sambil ditemani ahli keluarga lain. Sejurus melihat Abang Bas dalam kereta, mereka berpelukan sambil menangis teresak-esak dan memohon anak bongsu itu bersabar. “Sabar Din, kami ada,” demikian kata seorang ahli keluarga kepada ‘Abang Bas.

Difahamkan, kenderaan polis membawa Abang Bas menunggu seketika selepas dimaklumkan bapanya dalam perjalanan ke mahkamah untuk melihat anaknya. Abang Bas turut dilihat menghadiahkan ‘mini love’ kepada ahli keluarganya sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah. Terdahulu, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibacarakan selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Osman Affendi Mohd Shalleh.

Dia berhadapan tiga pertuduhan secara keseluruhan termasuk dua daripadanya di Mahkamah Sesyen Muar dengan keseluruhan ikat jamin RM40,000 dikenakan terhadapnya. Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen Muar selari dengan Sesyen 165 Kanun Tatacara Jenayah dengan 10 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Terdahulu, tular di TikTok seorang lelaki menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’. Tindakan itu diambil selepas melihat hasil kandungan Abang Bas yang bertindak menyentuh bibir, mengusap kepala dan membetulkan tudung murid sekolah yang berada di dalam bas dipandu olehnya.

Hantaran itu mendapat kritikan orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan sksl terhadap kanak-kanak. Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melnggr hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version