Chef Wan luah rasa kurang senang bila ada pihak yang bandingkan dia dengan Khairul Aming

CEF selebriti Datuk Redzuan meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak cuba membandingkan pencapaiannya dengan selebriti media sosial iaitu Khairul Aming. Redzuan atau mesra disapa Chef Wan, 66, berkata tiada keperluan untuk membuat perbandingan tersebut memandangkan mereka berdua datang daripada latar belakang berbeza. “Buat apa kita nak banding-bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing. Buang masa!

“Kenapa nak banding sedangkan kami mempunyai kerjaya dan pengalaman yang berbeza, untuk apa segala perbandingan?” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Isnin. Berserta kapsyen tersebut, Chef Wan memuat naik video ulasan milik pempengaruh media sosial iaitu Thaqibshaker mengenai perkara itu. Sebelum ini, ada pihak membanding-bandingkan pencapaian dan kemampuan memasak Chef Wan dan Khairul selepas pempengaruh itu menerima kunjungan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Dalam pada itu, Chef Wan menjelaskan dia langsung tidak tersinggung sekiranya pengalaman dan sumbangannya selama lebih tiga dekad dipandang sepi masyarakat. Menyedari waktunya menyinar sudah lama berakhir, Chef Wan berkata dia kini mahu fokus menikmati hari tua dan menguruskan perniagaan. “Selepas 34 tahun kerjaya saya di TV dan sumbangan saya kepada negara, jika mereka tak nampak pun… tak berkudis badan saya.

Ingat, kita semua ada momen sediri dalam kehidupan, saya pula sudah jauh perjalanan hidup dan luas pandangan. Atuk dah pencen nak! Saya selesa dengan keadaan saya dan nikmati hari pencen saya,” jelasnya. Sementara itu, Chef Wan menegaskan dia sama sekali tidak berasa iri hati mahupun dengki dengan kejayaan Khairul. Malah sebagai rakyat Malaysia, dia turut berbangga melihat pencapaian pempengaruh berkenaan.

“Jika orang berjaya pun kita iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka. Beliau juga menjadi sumber inspirasi dan kebanggaan buat saya dan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version