Masih segar dalam ingatan walaupun dah 7 hari berlalu, ibu Al Fateh kongsikan kronologi masa hari kejadian

Ibu kepada Allahyarham Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri iaitu Sabrina Hakiem Zaini kongsi kronologi hari kejadian yang menimpa anak tunggalnya di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Alor Gajah, Melaka hingga membawa kepada pemergian pada 6 September lalu. Genap tujuh hari pemergian, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebooknya, Sabrina bersyukur apabila kejadian tersebut masih segar dalam ingatannya.

“Alhamdulilah masih segar lagi dalam ingatan mummy. Pada jam 7.10 pagi Atuk dukung Al Fateh, mummy bawa beg susu dan beg pendingin berisi makanan Al Fateh. Kami jalan kaki ke taska kerana sudah empat hari naik kereta. Mummy cakap hari ni hendak jalan kaki. Pada pukul 9.00 pagi, pihak taska telefon beritahu tubuh Al Fateh membiru dan minta segera ke taska, kongsinya. Bagaimanapun, sebaik sahaja Sabrina tiba ke pusat jagaan berkenaan, Al fateh didapati dalam keadaan pucat lesi serta darah mengalir dari hidung dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

9.10 pagi mummy tiba di taska. Mummy tengok Al Fateh terkulai, pucat lesi. Tidak membiru manakala darah mengalir dari hidung. Mummy tanya Anak saya jatuh ke? Pihak taska serahkan Al Fateh kepada Atok. Mereka cakap ‘pergi ke klinik cepat puan, pergi ke klinik dahulu puan. Alhamdulilah Mummy tidak ke klinik. Selepas melihat keadaan Al Fateh begitu, Mummy drive terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Alor Gajah,” kongsinya.

Sejurus melihat keadaan anaknya yang sangat menyayat hati, Sabri terus menghubungi suaminya, Mohd Fikry Amri Abd Halim untuk memaklumkan kejadian terbabit. Bagaimanapun, Al Fateh tidak dapat diselamatkan selepas pelbagai usaha dilakukan oleh pihak perubatan dan kes tersebut perlu diserahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Sabrina memberitahu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membongkarkan kejadian sebenar yang menimpa Al Fateh yang disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh pengasuh taska berkenaan. Apa yang lebih menyedihkan, hasil bedah siasat mendapati punca pemergian bayi mereka adalah disebabkan lemas.

Reda dengan kehilangan anak yang dinanti selama 13 tahun itu, Sabrina bersyukur segala urusan pemgebumian Al Fateh dipermudahkan. Sementara itu, Sabrina turut mencemburui pemergian Al Fateh pada hari mulia selain menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak membantunya selama ini.

“Terima kasih semua yg banyak membantu kami dan keluarga. Alhamdulilah, Mummy sangt mencemburui pemergian Al Fateh pada hari Jumaat dan ditangisi seluruh Malaysia. Kalau boleh mummy juga ingin pergi pada hari Jumaat macam Al Fateh. Berbahagialah anak Mummy di syurga. Insya-ALLAH Mummy kumpul banyak-banyak pahala di dunia ini supaya dapat bersama anak Mummy nanti. Insya-ALLAH,” titipnya.

Dalam perkembangan lain, wanita yang didakwa menyebabkan pemergian bayi berusia lapan bulan itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membnh esok. Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membnh. Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version