Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza. Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, berkata sentiasa belajar memperbaiki diri mencari reda ALLAH SWT. “Saya cuma dengar pesanan-pesanan mereka yang lebih arif. Jadi saya sedang praktikkan perkara itu sebab saya tahu industri kita memang sangat mencabar. Saya cuba juga dengan harapan doa-doa daripada anda semua untuk terus mendoakan saya istiqamah,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Nora bersyukur apabila rakan-rakannya sentiasa memberi sokongan dalam penghijrahannya untuk menjadi muslimah yang lebih baik. “Saya sebenarnya bersyukur sangat diberi peluang untuk sertai kelas ilmu agama sebab saya pun datang dari latar belakang keagamaan yang tak kukuh. Ibu saya juga seorang mualaf.
Jadi bila dapat dorongan daripada kawan-kawan untuk sertai majlis ilmu sebegitu saya syukur sangat. Saya harap dengan adanya perkara itu dapat dekatkan lagi dengan Yang Maha Pencipta,” ujarnya. Akui proses istiqamah bukan sesuatu yang mudah, pelakon filem Polis Evo 3 itu turut memberi pesanan untuk berusaha dalam melalui proses memperbaiki diri. Kita kena tanam sifat ingin berubah itu mendalam walaupun belum sampai masanya tetapi saya percaya dengan aturan Allah itu pasti akan tiba masanya untuk kita istiqamah tapi dengan syarat kita perlu usaha.
Usaha bukan saja luaran, tetapi dalaman juga seperti berzikir, berbuat baik dengan orang, berdoa bersungguh-sungguh, solat tahajud semuanya daripada hati.“Insya-Allah, pasti akan dapat,” tutupnya. Terdahulu, Nora Danish menarik perhatian warga maya apabila tampil dengan imej berhijab di media sosial sekitar Jun lalu.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.