Siap pakai jersi JDT, ramai yang teruja bila IShowSpeed jumpa dengan TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ yang mengadakan pertemuan dengan penstrim internet terkemuka dari Amerika Syarikat, IShowSpeed  Stadium Sultan Ibrahim telah menjadi bualan hangat ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik TMJ di laman Instagramnya, dapat dilihat IShowSpeed yang mengenakan jersi JDT melawat stadium tersebut apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menang 6-1 ke atas Kelantan Darul Naim (KDN FC), semalam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja setelah melihat penampilan IShowSpeed atau nama sebenarnya, Darren Jason Watkins Jr di Stadium Sultan Ibrahim yang dikatakan mampu menarik lebih ramai penonton dan mampu mempromosikan kelab bola sepak tanah air kepada orang luar. Sebelum ini, IShowSpeed sudah berkunjung ke Malaysia dan kemudiannya menyambung jelajahnya di Indonesia.

Sekadar info, IShowSpeed antara streamer paling popular dari Amerika Syarikat yang lahir pada Januari 2005 di Ohio. Speed mula buka saluran YouTube pada tahun 2016, namun pada ketika itu dia jarang memuat naik video sehingga tahun 2019, barulah Speed berkongsi kandungan secara konsisten. Kandungan awalnya tertumpu pada permainan video yang popular ketika itu seperti Fornite dan NBA 2K. Keperibadian unik dan aksi spontan dan penuh bertenaga itu telah menjadi daya tarikan kepada penonton.

Pada tahun 2022, IShowSpeed beralih ke kandungan yang berkaitan dengan bola sepak sambil turut menjadi penyokong tegar pemain bola sepak Cristiano Ronaldo. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version