Baru hafal ayat 1 hingga 5, ramai yang puji Nora Danish sebab ajak pengikut untuk hafal surah Al Mulk

USAHA pelakon Nora Danish mengajak pengikut media sosial menghafal surah al-Mulk menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet. Kata Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, dia kini sedang dalam tempoh percubaan untuk menghafal surah tersebut dan sudah berjaya mengingati 5 baris ayat. “Hi Assalamualaikum semua, Nora sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk.

“Saya harap dengan perkongsian video ini, membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya. Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama menghafal. Jom dengar saya membaca, tolong semakkan,” katanya. Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat semula oleh peminatnya di laman TikTok.

Menerusi perkongsian video itu juga, pelakon drama Puteri ini turut dilihat mengalunkan bacaan ayat yang sudah dihafal. Rata-rata warganet menyifatkan tindakan Nora itu sebagai satu inisiatif yang baik bagi mengajak orang ramai mengamati dan menghafal bacaan surah-surah al-Quran. “Terbaik Nora gunakan pengaruh dia ke jalan yang diredai Allah. Semoga kita semua istiqamah untuk menghafal surah-surah al-Quran.

“Alhamdulillah macam inilah artis yang bagus ajak peminat sama-sama menghafal surah al-Mulk. “Terbaik terus ajak pengikut media sosial buat kebaikan. Pahala juga mengalir kepada kita,” tulis warganet. Untuk info, surah al-Mulk mengandungi 30 ayat dan juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci. Bagi individu yang menjadikan surah al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version