Minta doakan dia berjaya, Puteri Sarah hadiahkan Proton X50 bapa ibu bapanya

Pelakon jelita, Puteri Sarah hadiahkan sebuah Proton x50 kepada ibu dan bapanya telah berjaya tarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di IG-storynya, dia berharap pemberian tersebut dapat menggembirakan hati insan tersayangnya itu. Dalam perkongsian itu juga, dapat dilihat ibu bapa Puteri Sarah berada disisi kenderaan itu bersama dua orang lelaki yang dipercayai jurujual kereta terbabit.

“Kepada mama dan baba, ini tak seberapa tapi saya harap kalian gembira dengan kereta baharu ini. Doakan Sarah berjaya dunia dan akhirat,” katanya. Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah popular, Syamsul Yusof namun berpisah talak satu pada 14 Jun 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 tahun.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version