Ada yang cakap dia tumpang populariti Abang Bas, tak boleh berdiam sekali ini pula respon Diana Danielle

Sebelum ini, pelakon Diana Danielle ada bersuara dan mengecam perbuatan seorang pemandu bas yang menjadikan kanak-kanak bawah umur sebagai kandungan di media sosialnya. Jelas Diana, dia memilih untuk bersuara kerana tidak tahan melihat kes jnyh melibatkan kanak-kanak bawah umur semakin berleluasa. Namun, tindakannya bersuara mendapat reaksi yang berbeza daripada segelintir pihak apabila ada yang mendakwa isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil ini hanya mahukan perhatian dalam isu berkenaan.

Ada juga yang mendakwa pelakon Imaginur itu merupakan individu yang membuat laporan terhadap pihak berkuasa mengenai pemandu bas terbabit. Bagaimanapun, Diana telah menafikan dakwaan tersebut. Isu pemandu bas terbabit telah mencetuskan perbalahan warganet susulan ada yang memihak kepada lelaki itu. Dalam pada itu, Diana memberi respon bahawa dia tidak menumpang populariti kes terbabit dan menegaskan hanya lega bahawa kandungan yang dibuat pemandu itu telah dipadam selepas suspek ditahan polis Jumaat lalu.

“Gorl. Said aku menumpang populariti Abang Bas tau hahahahaha. Setakat buat content memandu bas tak tengok jalan sambil tenung anak buah dia macam nak makan, siapa yang nak menumpang?” ujarnya. Menurut laporan, pemandu bas terbabit ditahan reman selama lima hari sehingga 10 September atas dakwaan merakam video memaparkan wajah kanak-kanak terutamanya pelajar perempuan untuk dijadikan kandungan media sosialnya.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version