Sifatkan suami lelaki luar biasa, Intan Najuwa yakin suami dapat jadi bapa yang terbaik untuk anak

PELAKON Datin Intan Najuwa menyifatkan suami tercinta iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman sebagai seorang lelaki yang luar biasa. Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, berkata, dia juga percaya Azraf mampu menjadi seorang bapa terbaik buat anak mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. “Untuk suami saya yang tak lama lagi bakal bergelar bapa untuk anak kami… Awak seorang yang luar biasa!

“Saya percaya awak akan jadi bapa hebat untuk anak-anak kita,” katanya. Intan meluahkan kata-kata romantis itu buat suaminya menerusi hantaran di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Intan menjelaskan sikap bertanggungjawab dimiliki Azraf sama seperti dengan bapanya. Disebabkan itu dia bersyukur dengan kasih sayang dan keprihatinan ditunjukkan Azraf terhadapnya selama ini.

“Cara awak banyak mengingatkan saya kepada ayah saya sendiri… Kesungguhan awak menjaga saya. Saya boleh nampak yang awak tengah ‘melangkah’ menjadi seperti dia. Terima kasih untuk segala kasih sayang yang awak berikan,” ujarnya. Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada Azraf pada 18 Ogos tahun lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version