Penyanyi Baby Shima persoal pendakwah bebas yang memberikan sokongan terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun. Menerusi satu hantaran di Instagram, Baby Shima telah memuat naik satu tangkap layar artikel memaparkan pendakwah bebas Da’i Fuad yang meminta orang ramai untuk berhenti mengecam Da’i Syed. Sebelum ini, Da’i Fuad telah membuat hantaran di aplikasi X dan itu merupakan ujian bukan sahaja untuk Da’i Syed namun untuk mereka semua.
Pada masa yang sama, dia juga meminta orang ramai untuk mengasihani isteri dan anak Da’i Syed kerana ini merupakan ujian buat mereka juga. Susulan itu, Baby Shima mempersoalkan mengapa pendakwah bebas itu tetap memberikan sokongan terhadap Da’i Syed walaupun sudah disabitkan kesalahan. Baby Shima berkata pendakwah itu tidak berlaku adil kerana hanya memberikan teguran dan hukuman kepada selebriti-selebriti lain.
“Kenapa tak ada surat terbuka buat mangsa rgl dan pergl? Kalau saya, bukan main buat konten. Kena puak sendiri, pandai pula suruh warganet diam. Bila puak dia buat hal, semua senyap sunyi masuk dalam gua. Buat-buat tak nampak, tak ada surat terbuka, tak ada doa bala. Ada yang siap menjatuhkan hkm neraka terus kalau isu saya dan artis lain,” katanya. Tambah penyanyi 31 tahun itu, pendakwah bebas itu hanya membuatkan teguran buat dirinya hanya kerana mahukan tontonan daripada warga maya.
“Bila hal artis, semua laju buat konten nak naikkan view semata-mata katakan. Baru komen Facebook dan Instagram meriah. Konon terpaling tegur,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan sokongan terhadap kenyataan Baby Shima dan berkata mereka hanya berpihak kepada individu yang mempunyai gelaran yang sama.
Terdahulu, Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Mohd Syaiful dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana mergl seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu. Sekadar info, Da’i Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.