Ambil sendiri dari kepala dia, tular di media sosial individu jual rambut gugur IShowSpeed RM100k

Tular di media sosial mengenai dakwaan terdapat individu jual rambut gugur IShowSpeed dan topi keledar yang pernah dipakai pencipta kandungan YouTuber tersohor ketika hadir ke Malaysia, baru-baru ini. Melalui sebuah hantaran di Facebook MotoMalaya, terdapat individu memberitahu dirinya menjual topi keledar yang dikatakan dipakai oleh IShowSpeed dengan harga mencecah ratusan ribu ringgit. “Helmet yang dipakai IShowSpeed masa dia kat Malaysia untuk dijual dengan harga RM250,888!!” tulis pengguna Facebook itu.

Tidak cukup dengan itu, turut tular ada pihak menjual rambut gugur yang dipercayai kepunyaan IShowSpeed dengan harga RM100,000. Menurut individu berkenaan, rambut tersebut diambil sendiri daripada kepala personaliti media sosial itu. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet dan rata-rata mereka terkejut melihat harga yang ditetapkan oleh individu tidak dinyatakan.

Sekadar info, IShowSpeed antara streamer paling popular dari Amerika Syarikat yang lahir pada Januari 2005 di Ohio. Speed mula buka saluran YouTube pada tahun 2016, namun pada ketika itu dia jarang memuat naik video sehingga tahun 2019, barulah Speed berkongsi kandungan secara konsisten. Kandungan awalnya tertumpu pada permainan video yang popular ketika itu seperti Fornite dan NBA 2K. Keperibadian unik dan aksi spontan dan penuh bertenaga itu telah menjadi daya tarikan kepada penonton.

Pada tahun 2022, IShowSpeed beralih ke kandungan yang berkaitan dengan bola sepak sambil turut menjadi penyokong tegar pemain bola sepak Cristiano Ronaldo. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version