PENGACARA dan penyampai radio Haziq Hussni mengambil langkah untuk tidak mencampuri kemelut yang berlaku di antara rakan artis iaitu Elly Mazlein dan Jihan Muse. Menurut Haziq atau Muhammad Haziq Irfan Hussni, 34, dia tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua selebriti tersebut, namun berharap mereka dapat menyelesaikan sendiri sebarang isu yang timbul.
“Saya memang ada jumpa mereka berdua. Saya bersembang sahaja macam biasa dengan Elly dan Jihan tapi saya tidak menyentuh apa-apa tentang isu tersebut. Sewaktu saya berjumpa dengan Elly dia hanya tanya saya okay atau tidak? Lagi pun Instastory yang dimuat naik Elly pun ada tag nama saya. Saya pun ada baca juga apa yang berlaku. Saya pun tak tahu nak beri respon macam mana. Kita biarkan sahaja pada mereka berdua untuk selesaikan masalah ini,” katanya.
Haziq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Borak SeeNI yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, Haziq memberitahu dia enggan memberikan sebarang komen kerana perkara yang berlaku tidak mempunyai kaitan dengan dirinya. “Apa yang berlaku antara mereka saya tidak ikut campur. Pada waktu itu kami (dengan Jihan) hanya mahu memperkenalkan pemuzik. Saya pun menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar.
Situasi itu berlaku ketika waktu rakaman beberapa minggu lalu. Bagi pihak saya, tiada apa yang boleh saya jelaskan kerana bukan saya yang mengeluarkan kenyataan itu tetapi Jihan. Jadi saya tak berani nak komen apa-apa untuk pihak mereka (Jihan dan Elly). Saya hanya melakukan kerja saya,” ujarnya. Tambah Haziq lagi, dia melihat kontroversi yang berlaku ini sebagai pengajaran dan panduan untuknya yang baru sahaja menjinakkan diri dalam dunia pengacaraan.
“Saya pun masih baru dalam bidang pengacaraan. Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran. Sebagai seorang selebriti dan hos, kalau tidak berlaku pada kita pun mungkin ia akan berlaku kepada orang lain. Secara peribadi saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mereka berdua,” katanya.
Pada Sabtu lalu, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, secara terbuka menyindir gandingan pengacara Haziq Hussni dan Jihan Muse ketika mengendalikan rancangan The Chosen One yang disiarkan di saluran Astro Ceria. Kata Elly, dia berharap tidak menjadi seorang pengacara yang gemar bercakap tentang orang lain ketika di atas pentas.
Perkongsian berkenaan disertakan klip rakaman dua pengacara itu di atas pentas sama-sama sedang menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar yang pernah dipopularkan oleh Exists sambil Haziq menari. Ketika itu Jihan memberitahu perbuatan Haziq itu sama seperti seseorang yang juga bekerja di Astro tetapi versi wanita. Meskipun tidak menyebut nama, namun kata-kata itu dianggap ditujukan kepada Elly yang suka menyanyi ketika mengacara sesebuah program.
Bagaimanapun, Elly memberi gambaran dia tidak membuat kenyataan itu kepada Haziq kerana sempat menulis nasihat untuk pengacara berkenaan melakukan yang terbaik selain turut disertakan dengan emoji hati. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.