Akhirnya nasib lelaki kurang upaya terbela, Ketua Pemuda Umno nak seret kesemua pelaku ke mahkamah

Advertisements
Advertisements

Nasib lelaki orang kurang upaya (OKU) yang terlibat dalam kejadian pkl di Kemaman, Terengganu pada Jumaat akhirnya terbela apabila Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mahu seret pelaku ke mahkamah. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Muhamad Akmal di laman Facebooknya, beliau membuat panggilan video bersama isteri lelaki OKU itu yang dikenali sebagai Faridah Abdul Karim bagi menerangkan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap kesemua suspek.

Dalam perkongsian itu juga, Muhamad Akmal menzahirkan ucapan terima kasih kepada Faridah kerana sudi menerima kehadiran wakil Exconya ke kediaman mereka. “Asalamualaikum, pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi menerima Exco saya hadir. Saya telah berhubung dengan peguam pemuda UMNO, jadi dalam tempoh terdekat ini, mereka akan datang berjumpa dengan akak. 

Yang pentingnya saya nak keadilan buat abang dapat dilaksanakan dan juga kita akan tengok dari segi angle mana yang kita nak pastikan semua yang terlibat tu akan dikenakan hukuman yang berat. Akak jangan fikir pasal kos, semua pemuda UMNO akan tanggung. Bagi saya ini tanggungjawab saya bila ada orang sebegini rupa diperlakukan sebegitu. Saya akan pastikan keadilan akan diberikan kepada abang, jangan risau,” katanya.

Malah, beliau turut percaya lebih daripada tiga individu terlibat dalam insiden tersebut dan pihaknya akan cuba menggunakan akta lebih berat yang boleh disabitkan kepada pesalah. “Bila saya tengok tangkapan hanya tiga orang, saya sendiri tidak puas hati sebab saya rasa ramai lebih daripada tiga orang tu dan akta yang dibawa terlalu ringan. Saya tak nak gunakan akta sedia ada, kita nak minta pesalah itu dituduh dengan akta yang lebih berat,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Muhamad Akmal menawarkan khidmat peguam secara percuma kepada seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang telah dipkl oleh beberapa individu di Kemaman, Terengganu pada Jumaat. Difahamkan, beliau telah mengarahkan Exco Pemuda UMNO dan Peguam Pemuda UMNO untuk mencari lelaki tersebut di Terengganu dalam masa terdekat.

“Kita akan tawarkan khidmat peguam pemuda UMNO secara percuma kepada abang yang dipkl ini untuk memastikan keadilan untuk abang ini dan memastikan mereka yang memkl ni akan dikenakan hkman yang paling berat di mahkamah!. Kita tengok siapa jantan nanti,” tegasnya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki OKU telah dikasari oleh sekumpulan individu tanpa belas ihsan selepas terlanggar gerai makanan di tapak Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada Jumaat. Polis telah menahan tiga individu lingkungan 18 hingga 60 tahun untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman kira-kira jam 8 pada Jumaat malam.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version